Tema Konsert: Father’s Day Concert
Tarikh: 14hb Jun 2008
Tempat: Tingkat 4, Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur.
Masa: 8.30 malam
Sweet Charity: Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Rahman Sabrani, Masrom Abdul Hamid (Yong), Ahmad Jaafar Jawahir (AJ) dan Sarwanie Ahmad (Wan Ahmad).
Pemuzik Undangan: Hamid Ahmad (Hamid Black Dog Bone) dan Kamrul Bahrin.
Anjuran: Rasa Music Sdn Bhd
Penaja: Amanah Raya Berhad
Pernah saya menemubual Rosli Mohalim pada bulan Jun 2007 tentang pengabungan semula Sweet Charity. Menurut beliau, “Sebenarnya Sweet Charity susah untuk dikumpulkan semula anggota-anggotanya kerana masing-masing ada komitment lain. Kalau Sweet Charity bersatu dalam satu konsert reunion, Sweet Charity terpaksa membuat persediaan kerana sudah hampir 10 tahun kami tidak bersama dalam satu konsert.” Masih berlegar diingatan, adakah Sweet Charity akan bersatu demi peminat mereka yang setia dan masih menyokong mereka. Setahun selepas saya menemubual Rosli Mohalim, saya dikejutkan dengan berita kembalinya Sweet Charity dalam satu konsert reunion mereka selepas 10 tahun mereka berpecah. Konsert Sweet Charity sempena hari bapa telah dilangsungkan di Dewan Merdeka, PWTC. Sepatutnya konsert reunion Sweet Charity ini dilangsungkan 2 hari namun ianya ditukarkan di saat akhir kepada satu hari sahaja iaitu pada 14hb Jun 2008. Konsert ini dipersembahkan oleh Rasamusic Sdn Bhd yang dirancang khas untuk mengutip bantuan untuk Yayasan Institut Jantung Negara. Inilah kali kedua Rasamusic Sdn Bhd menganjurkan konsert selepas Konsert Zaman yang telah diadakan di Istana Budaya pada 8 dan 9 Julai 2005 lalu.
Setelah merentasi 3 negeri iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor…akhirnya saya tiba di perkarangan masuk Dewan Merdeka, PWTC pada jam 3 petang. Kehadiran awal saya hanya untuk ‘memahami’ suasana dewan yang bakal dibanjiri oleh peminat Sweet Charity. Sempat juga saya meninjau-ninjau ‘jentera’ yang bakal digunakan oleh Rosli Mohalim. Cuma gitar kesayangan Rosli Mohalim iaitu gitar Fender Stratocaster Richie Sambora dan juga sebuah gitar Killer ‘Loudness’ yang akan digunakan oleh Rosli Mohalim. Terlihat saya, Yop ‘Doubel Neck Studio’ (Slyness) yang merupakan juruteknik gitar Rosli Mohalim sedang mengusung gitar PRS untuk digunakan oleh Rosli Mohalim. Fuh!! Tidak dapat dibayangkan, bagaimanakah persembahan Rosli Mohalim dengan ketiga-tiga gitar itu nanti. Setelah agak kebosanan menunggu ‘sound check’ Sweet Charity di dalam dewan, saya beredar ke luar dewan untuk membelek-belek cenderahati Sweet Charity di gerai yang disediakan oleh pihak penganjur. Saya melangkah meninggalkan dewan lebih awal walaupun pada ketika itu Sweet Charity sedang memulakan ‘sound check’.
Pada malam konsert, saya tiba di perkarangan pintu masuk Dewan Merdeka pada jam 8.30. Ternyata ramai juga peminat-peminat Sweet Charity samada yang telah bergelar datuk-datuk dan bapak-bapak serta yang digelar anak-anak generasi baru peminat Sweet Charity. Kaunter tiket nampaknya tidakler sesak namun sebaliknya kaunter gerai cenderahati…sesak dengan peminat-peminat yang tidak ketinggalan membeli cenderahati Sweet Charity. Yelerr…bukannya senang nak dapatkan cenderahati konsert ni…takkan nak tunggu lagi sepuluh tahun untuk Sweet Charity bergabung semula. Menjejakkan kaki ke dalam dewan jam 9.30 malam cukup memberi debaran kerana saya telah memasuki ‘alam’ Sweet Charity. Sebaik masuk, nampaknya saya dah kelewatan menjamu hidangan yang disediakan di meja 110 kerana jamuan makan telah bermula jam 9.00.
Dari meja yang agak terperosok di belakang, pandangan saya cuma berpandukan layar belakang. Ketika menjamah hidangan yang disediakan, Bob Lokman muncul di atas pentas dengan peranannya sebagai Man of Ceremonies (MC) pada malam itu. Dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan, Bob Lokman bercerita tentang sejarah dia dan Sweet Charity yang diselitkan dengan sedikit lawak. Saya masih ingat kata-kata Bob Lokman, “Diorang ni sebenarnya berhutang dengan saya, jadi…pasal itulah diorang jemput saya jadi MC malam ni. Pasal dioranglah, saya sudah terpengaruh dengan rock dan sampai sekarang saya tidak boleh tinggalkan rock.”
Tepat jam 10.15 malam, bunyi keyboard dari Masrom Abdul Hamid atau dikenali dengan nama Yong mula berkumandang. Itulah pertanda bermulanya lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang. Persembahan Yong disambut dengan double lead oleh Rosli Mohalim dan Wan Ahmad yang menaikkan semangat peminat Sweet Charity seolah membawa kembali ke zaman kegemilangan Sweet Charity. Tepukkan gemuruh terus menghiasi ruangan dewan setelah Ramli Sarip melagukan lagu tersebut. Layar belakang turut memaparkan gambar-gambar mereka semasa zaman muda mereka yang cukup melayarkan nostalgia walaupun pada masa mereka muda dulu, saya masih lagi di bangku sekolah. Bagi saya, persembahan Sweet Charity menerusi lagu ini cukup baik berbanding persembahan mereka dalam Konsert Sejuta Wajah Reunion Sweet Charity. Selepas lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang, lagu Apa Khabar Sayang? mengisi tempat dan walaupun lagu ini lebih berbau tradisional kemelayuan namun lagu ini tetap mendapat tempat di hati para peminat mereka. Semasa lagu ini disampaikan, jelas kedengaran suara Ramli Sarip kurang bertenaga kerana pada malam itu beliau mengalami sakit tekak. Walaupun sakit dan perit namun Ramli Sarip tetap meneruskan konsert ini demi peminat Sweet Charity. “Sejenak engkau tersenyum riang memandang padaku, ku kira sengaja mengoda daku…meluluhkan hatiku,” lagu yang cukup digilai ini turut sama didendangkan oleh peminat Sweet Charity. Dari yang duduk memerhati…kini bingkas bangun menyanyi bersama Ramli Sarip semasa lagu Dekatlah Padaku dipersembahkan selepas lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang. Terdapat sedikit bunyi ‘humming’ yang menganggu sedikit persembahan Sweet Charity…mungkin ‘soundman’ belum ‘masak’ dengan persembahan Sweet Charity. Dalam sound engineer sedang mencari ‘sound’, Sweet Charity menyambung persembahan mereka dengan lagu Pelarian. Layar gergasi turut memaparkan klip video pelarian Palestine dan Myanmar. Lagu ini cukup memberi kesan dari segi lirik, tidak banyak band-band yang ada sekarang mampu menghasilkan sesuatu yang mampu memberikan kesan. Lagu ini disampaikan dalam versi original sama seperti lagu asal, oleh sebab itulah pada pertengahan lagu…AJ turut menyumbangkan suara.
“Lagu ini ditujukan kepada Mohd Nasir Mohamad,” ucap Ramli Sarip sebelum lagu Dunia Perlumbaan bermula. Sebelum lagu ini bermula, amp yang digunakan untuk gitar Rosli Mohalim tidak berbunyi. Ini memaksa persembahan diberhentikan seketika. Selepas gitar Rosli Mohalim kembali mengaum…persembahan Sweet Charity dimulakan dengan persembahan gitar harmoni dari kedua-dua gitaris Sweet Charity. Ditambah pula dengan ‘perang’ solo dari Rosli Mohalim dan Wan Ahmad mengakhiri lagu Dunia Perlumbaan. Selepas lagu Dunia Perlumbaan yang menceritakan tentang dunia penuh perlumbaan, intro keyboard dan bass lagu Sejuta Wajah menyusul. Persembahan gitar bass dari Hamid selaku pemain bass jemputan bagi menggantikan Arwah Syed Hassan sememangnya hebat dan tidak dapat dinafikan lagi. Sebenarnya sebelum terlibat dalam persembahan Sweet Charity pada malam ini, Hamid pernah terlibat dalam beberapa show Ramli Sarip termasuk Konsert Zaman yang dilangsungkan di Istana Budaya pada tahun 2005 yang lalu. Ini membuktikan bahawa beliau telah ‘lali’ dengan lagu-lagu Sweet Charity. Bagi saya, sekiranya Sweet Charity merakamkan album terbaru…sudah tentu Hamid akan berada di posisi bass Sweet Charity. Selepas sahaja lagu Sejuta Wajah, Rosli Mohalim bersama gitarnya mara ke arah mic. Dalam fikiran saya, lagu apa pula yang Rosli Mohalim nak nyanyi ni. Dengan bersahaja, Rosli Mohalim menyanyikan, “lalalalalaaaa, lalalalalalalaaaa, lalalaaaaaaaa…” Lagu Batu versi original dimainkan oleh Sweet Charity…maka bergemuruhlah tepukan diberikan dari peminat kepada Sweet Charity. Lagu ini mengingatkan saya pada Konsert Sejuta Wajah Sweet Charity. Mereka berkata lagu ini belum pernah dimainkan dalam mana-mana show Sweet Charity dan buat pertama kali lagu tersebut dipersembahkan secara ‘unplugged’. Dan kini lagu ini disampaikan dalam versi original yang kembali mengingatkan saya akan kekuatan lagu ini dari segi ‘isi’ liriknya yang cukup bermakna.
Setelah dari awal persembahan, Rosli Mohalim hanya mengasak gitar Fendernya…kini beliau cuba beralih jentera dengan menggunakan gitar Killer. Sebaik sahaja gitar Killer Akira Takasaki ini digalas Rosli Mohalim, serangan dimulakan oleh beliau dengan lagu Ribut 10.59 pagi. Bagaikan ‘membunuh’, gitar Killer yang digunakan Rosli Mohalim menyebabkan amp yang digunakan Rosli Mohalim ‘blow’. Ini memaksa Rosli Mohalim kembali menggunakan gitar Fender semasa pertengahan lagu Ribut 10.59 pagi. Sebaik sahaja selesai mempersembahkan lagu Ribut 10.59 pagi…Rosli Mohalim melancarkan solo gitar dengan kepakarannya sebagai pemain gitar rock pertama Malaysia/Singapura. Persembahannya solo beliau terus disambung dengan lagu Perjalanan. Lagu ini merupakan lagu yang paling ‘berat’ antara lagu-lagu Sweet Charity..mood Arabian diperturunkan oleh Rosli Mohalim pada persembahan solo lagu ini. Lagu ini juga menampilkan persembahan yang cukup hebat dari Rahman Sabrani…tidak ramai yang boleh meniru atau menjadi seperti beliau. Dengar sahaja persembahan beliau di pentas mahupun di dalam album. Persembahan beliau tidak banyak berubah sebaliknya masih bertenaga walaupun usia sudah menjangkau 55 tahun. Setelah selesai lagu Perjalanan mengamatkan suasana Dewan Merdeka, Ramli Sarip berlalu meninggalkan pentas. Dari sudut sebelah kanan pentas, Wan Ahmad menunjukkan kehebatan beliau dengan solo ala Santana beliau manakala Rosli yang berada di kiri pentas sedang menyarung gitar PRS. Difahamkan, gitar PRS ini baru dibeli oleh peminat Rosli Mohalim dengan harga RM 24,000 dan pemiliknya mahu Rosli Mohalim menggunakan gitar tersebut dalam persembahan Sweet Charity…dan bayarannya…pemiliknya hanya mahukan tanda tangan dari Rosli Mohalim pada gitar tersebut. Sebaik sahaja Wan Ahmad melancarkan persembahan solonya, Rosli Mohalim mempersembahkan solonya pula yang terus disambung dengan intro lagu Bagaikan Bermimpi. AJ yang dipertanggung-jawab mengalas penyanyi kedua Sweet Charity mula beredar meninggalkan keyboardnya lantas berada di tengah pentas. Teringat saya akan kata-kata AJ semasa Konsert Sejuta Wajah Reunion Sweet Charity, “Lagu ini untuk brader-brader yang frust…jangan bunuh diri!!.” Lagu yang cukup menarik dari segi melodinya telah meletakkan lagu ini antara lagu yang sering dipersembahkan oleh Sweet Charity sepanjang karier mereka. Kemudian AJ mengakhiri persembahan beliau dengan lagu Terharu.
Intro percussion dalam mood padang pasir yang dipersembahkan oleh Kamrul memberi pertanda bahawa lagu gelek arab akan dimulakan. Ramli Sarip yang mendapat rehat secukupnya kembali ke pentas. Dan setelah melihatkan kembalinya Ramli Sarip di pentas, Rosli Mohalim terus memainkan intro gitar lagu Zakiah. Maka bangkit semua datuk-datuk dan bapak-bapak menari-nari di depan pentas, terpandang juga Imuda dan Ali Mamak turut ‘dansa’ bersama. Saya yang duduk di sebelah kiri sound hanya memerhatikan gelagat peminat-peminat Sweet Charity. Inilah masanya setelah bertahun-tahun mereka mengharapkan Sweet Charity kembali mengadakan konsert…dan inilah medan pelepas ‘gian’ mereka. Sweet Charity dilihat seolah sedang menyemarakkan bahangnya…seumpama enjin lama yang dah mulai panas. Rosli Mohalim dan Wan Ahmad menyusuli persembahan ‘double lead’ lagu Jangan Tunggu Lama-Lama. Maka makin ramai peminat Sweet Charity berganjak ke depan pentas…kerana mereka dapat rasakan konsert yang sebenar baru bermula.
“Siapa anak lelaki…datang ke depan…saya cabar anda!,” laungan Ramli Sarip kepada semua peminat Sweet Charity. Seolah tercabar…maka menderu semua peminat lelaki berganjak ke depan pentas termasuk peminat-peminat yang berada di tingkat atas. Seolah-olah sudah tiada ‘barrier’ antara pembeli tiket mahal mahupun murah…mereka tetap dihargai oleh Sweet Charity. Lagu Teratai dipersembahkan dan tanpa segan silu..samada datuk-datuk, bapak-bapak…mahupun anak-cucu…semuanya menyanyikan bersama lagu ini. Seterusnya persembahan diberatkan lagi dengan lagu Tahun 2000 dan Musibah. Sempat juga saya memerhati gelagat peminat yang berebut mendapatkan ‘picktrum’ yang digunakan oleh Rosli Mohalim. Selepas lagu Musibah, Sweet Charity mempersembahkan ‘killer song’ Kamelia. Seperti yang diduga, lagu ini disampaikan oleh semua peminat yang berada di depan pentas…maka makin bergemalah Dewan Merdeka. Seperti dalam ‘list’, lagu Kamelia merupakan lagu terakhir konsert pada malam itu. Sebaik sahaja lagu ini habis, anggota-anggota Sweet Charity meninggalkan pentas namun peminat-peminat seakan tidak mahu berganjak…mereka mahu Sweet Charity beraksi lagi. Melihatkan peminat Sweet Charity tidak mahu berganjak, Bob Lokman tampil ke pentas. “Kalau kita panggil diorang…diorang pasti akan keluar…apa lagi…panggiller!,” jelas Bob Lokman. Dalam masa Bob Lokman berceloteh, tiba-tiba Masrom naik ke pentas. “Inilah yang aku hormat sangat dengan Yong, apa-apa hal…dia akan sampai dulu,” jelas Bob Lokman sambil memberi tepukkan kepada Masrom sambil diikuti peminat Sweet Charity. Masrom memulakan intro keyboard ‘jelmaan’ John Lord, diikuti Rosli Mohalim, AJ, Hamid dan Rahman Sabrani…dan tepukkan gemuruh diberikan sebaik sahaja Ramli Sarip kembali ke pentas. Sweet Charity kembali meniupkan semangat dengan lagu cover dari Deep Purple iaitu Lazy. Diangkat sebagai Deep Purple Malaysia/Singapura, Sweet Charity berjaya menghidupkan lagu tersebut. Persembahan Sweet Charity pada malam itu diakhiri dengan lagu Jalan Malam yang diletakkan sebagai ‘encore’.
Konsert berakhir lebih kurang jam 11.45 malam yang cukup memberikan kenangan yang sukar dilupakan namun sejak dari awal saya menjejakkan kaki di konsert ini, saya tertanya-tanya…kenapa tiada band-band rock yang pernah mengangkat Sweet Charity sebagai lagenda datang menyaksikan konsert ini? Itulah menjadi persoalannya. Selepas sesi fotografi dan sesi autograf, saya bersama rakan dan Yop ‘Slyness’ menemui Sweet Charity di Restaurant Kunang-Kunang. Sempat juga kami beramah-mesra bersama Sweet Charity. Pernah juga saya tanyakan kepada rakan-rakan, mampukah kita menjadi seperti mereka (Sweet Charity) dan mempunyai peminat yang setia bersama kita walaupun selama 40 tahun? Dalam kami duduk bersembang, kami juga mengharapkan Sweet Charity akan menjayakan konsert ulang tahun ke 40 Sweet Charity! Rock Terus Rock!!